
Dairi Bacaan Minggu kali ini adalah sebuah buku hasil penulisan seorang yang saya cukup bangga dengannya iaitu Fadzli Yusof. Buku yang saya maksudkan untuk di jadikan perkongsian dengan semua pembaca adalah Motivasi Pelajar Super (Serlahkan Kuasa Sebenar Anda!). Walaupun buku ini di sasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah, akan tetapi, ia boleh di jadikan panduan buat semua pembaca. Di dalam buku ini banyak mendedahkan teknik dan kaedah yang terbaik buat pelajar untuk diamalkan dan ia juga mudah di fahami.
Mungkin saya ingin merumuskan apa yang menarik perhatian saya di dalam buku ini dan membawa kepada saya meletakkan buku ini di dalam dairi bacaan saya.
1. Buku ini menjelaskan kehebatan manusia itu sebenarnya mampu memperolehi kejayaan sekirannya kita menggunakan dengan sedaya upaya dan berlandaskan perkara yang baik. Akan tetepi kita selalu di kongkong dengan beberapa perisaian yang membawa diri kita menjadi lemah dan tak berupaya untuk berjaya.
2. Kuasa fokus merupakan perkara utama untuk kita meningkatkan sesuatu kejayaan kerana ia merupakan suatu perkara yang kita ingin tahu dan kita mahu. Sekiranya INGIN TAHU & MAHU ini terbentuk maka segala kekuatan yang kita perolehi dari Allah ini akan sentiasa bersifat Dinamik.
3. Teknik2 Belajar merupakan perkara yang perlu di ambil kira buat pelajar supaya ia menjadi mudah,cepat dan tepat di dalam anda melakukan sesuatu di dalam pembelajaran.
Saya syorkan buku ini di miliki oleh semua pelajar yang mahukan berjaya...

0 comments:
Post a Comment