Dairi Bacaan Minggu ini adalah sebuah buku penulisan Tengku Asmadi Ph.D. iaitu Motivasi Alihan Pelajar. Buku ini merupakan sebuah buku yang di katakan antara terlaris dan mampu terjual melebihi 10,000 Naskah. Buku ini menceritakan semua pengalaman Tengku Asmadi selama 12 tahun mengendalikan program Motivasi Alihan Pelajar kepada pelajar. Oleh sebab itulah saya memilih buku ini sebagai dairi Bacaan saya minggu ini.
Permulaan buku ini menyatakan berkaitan permasalahan pelajar yang sering dilakukan dan perlu di fahami oleh pelajar. Antara ungkapan motivasi adalah "Menyelesaikan masalah pelajar umpama memadam api, puncanya perlu dicari dan difahami, barulah masalah dapat diatasi". Pelajar yang cemerlang merupakan pelajar mempunyai rahsia kejaayan yang mereka mampu melakukan sekirannya mereka inginkan. Pelajar yang Baik adalah pelajar yang menganggap belajar itu ibadah dan sentiasa ikhlas di dalam belajar.
Antara penekanan yang ada di dalam buku prinsip 3'S'iaitu Sasaran, Strategi dan Sikap.
SASARAN ialah Matlamat dan Impian untuk mencapai hasil sehinggalah anda melakukan perancangan rapi. Sasaran yang jalas akan mengukur prestasi dan kejayaan anda.
STRATEGI ialah perancangan study dan kemahiran anda di dalam belajar
SIKAP ialah Kualiti sesuatu kecemerlagan kerana 85 peratus orang berjaya dalam hidup adalah berdasarkan sikap dan 15 peratus sahaja berjaaya berdasarkan kebijaksanaan.
Saya suaka mengambil rumusan yang di nyatakan oleh Tengku Asmadi iaitu
"Manusia hidup adalah mereka yang memberikan banyak manfaat kepada manusia yang lain. Sekirannya hidup kita tiada sebarang perubahan dan kemajuan serta tidak memberi manfaat kepada orang lain,kita tak ubah seperti mereka yang mati sebelum masanya."

0 comments:
Post a Comment